Jumaat, November 06, 2009

Lawatan Mukim Lanas


YB Datuk melihat sendiri keadaan rumah(Bantuan Kerajaan)
yang tidak menepati kehendak rakyat...Lokasi di Kg. Kilo Lanas




YB Datuk bersama PKR Sook sedang mengambil maklumat
daripada penerima bantuan rumah....
Keadaan bahagian hadapan rumah(hanya menggunakan Play-wood)
sebagai dinding....aduhai...
Keadaan dalaman rumah berkenaan....

Lokasi: Di Kg Mansiat, bantuan rumah kerajaan sedang dilawat
oleh YB Datuk....

PKR Sook bersama Pemaju Mukim turut bersama YB Datuk...

Bahagian hadapan rumah PPRT....

Sesi Dialog : Antara Ahli Panel terlibat, Jbtn Tanah, LIGS, ADUN...
(Membincangkan Hal-Ehwal Status Tanah )-6/10/2009

para hadirin yang mengambil bahagian....

Sesi dialog sedang berjalan yang dipengerusikan oleh YB Datuk Ellron Angin...


Lokasi : Kg Mampisas, YB Datuk bersama pemilik rumah PPRT...

PKR Sook sedang mengumpulkan maklumat untuk tindakan selanjutnya...

Keadaan dalam rmuah tersebut...
Sudut hadapan rumah PPRT yang hanya berdindingkan
play-wood.....PPRT Kg. Mampisas

Khamis, November 05, 2009

Mesyuarat Rasmi PJKKK Bersama ADUN

Keningau: Mesyuarat ADUN Bersama ke semua PJKKK di kawasan N. 37 Sook akan diadakan pada :-
Kawasan PJKKK (zon A)-Mukim Seberang, Ansip, Dalit
Tarikh : 23/11/2009, jam 9.00 am
Tempat : Balai Raya Kg. Biah Tengah
Kawasan PJKKK(zon B)-Mukim Sook, Tulid, Lanas
Tarikh :24/11/2009, jam 9.30am
Tempat : Dewan Masyarakat Sook

Semua PJKKK kampung diwajibkan hadir sebagai kesinambungan kepada agenda mesyuarat terdahulu....
by:rmn

Rabu, November 04, 2009

Sekilas Pandang Kawasan N. 37 Sook(P. 182 Pensiangan)

Kawasan N. 37 Sook adalah dalam jagaan YB Datuk Ellron Angin selaku Ahli Dewan Negeri(ADUN) dan dalam kawasan Parlimen P. 182 Pensiangan dibawa kepimpinan YB Tan Sri Joseph Kurup. Kawasan Sook mempunyai 6 mukim iaitu:-
1. Mukim Sebarang - (22 Kampung)
2. Mukim Ansip - (17 Kampung )
3. Mukim Dalit - (20 Kampung )
4. Mukim Sook - (22 Kampung )
5. Mukim Tulid - (34 Kampung )
6. Mukim Lanas - ( 16 kampung )
Keseluruhan jumlah kampung dalam kawasan Sook ini ialah 131 buah kampung berdaftar. Kawasan yang luas ini membawa cabaran kepada kedua-dua pemimpin untuk berkhidmat kepada rakyat jelata..
by: rmn

Pendaftaran Pemilih Kampung Panagatan Laut...

Keningau, 1/11/2009:
Pergerakan Pemuda PBRS N. 37 Sook, telah berjaya mendaftarkan 20 orang pemilih baru di Kampung Panagatan Laut. Program tersebaut bermula pada jam 7.00pm sehinggalah jam 9.30pm yang diketuai oleh Ketua Pemuda PBRS sook En Kahirin Bador. Turut bersama ialah En Ramian Ayub sebagai setiausaha Pemuda yang juga pendaftar SPR bagi pihak Pegawai Lantikan SPR..Usaha pendaftaran pemilih ini akan terus dilaksanakan memandangkan masih ramai yang belum menjadi pemilih..

by : rmn

Selasa, November 03, 2009

Program bersama rakyat di Mukim Dalit...

Sabtu,31/10/2009: Satu program kemasyarakatan Biro kebajikan PBRS dengan kerjasama UPKR SOOK dan Jabatan kerjaan telah berjaya dijalankan dengan jayanya....Kehadiran YB Datuk lebih memeriahkan program tersebut secara langsung membawa seribu makna kepada penduduk Mukim Dalit. Dalam program tersebut penglibatan JPN, klinik Kesihatan dan SPR amat dialu-alukan oleh YB Datuk....turut mengiringi YB datuk ialah PKR Sook En Charles Ikang, Pemaju Masyarakat En ramian Ayub dan Ketua Pemuda PBRS Melalap En Sapinin Asion...

by: rmn....

Mesyuarat ADUN Bersama Badan JKKK

Ahad,2/11/2009:

Satu mesyuarat bersama 4 buah kampung telah dihadiri oleh YB Datuk Ellron Angin bertempat di Dewan Kg Karamatoi Laut. Kampung yang terlibat ialah Karamatoi Laut, Karamatoi Tengah, Maliliah dan Kuala Aging. Peluang ini telah diambil kesempatan oleh keempat-empat buah kampung untuk menyuarakan segala permasalahan mereka di peringkat kampung. Turut bersama YB Datuk ialah PKR Sook En Charles Ikang, CDO Abdul kunin Saili dan Pemaju Masyarakat Sook En Ramian Ayub...

Kejadian kebakaran

Keningau: Satu kejadian kebakaran telah berlaku pada 1/11/2009(ahad) kira-kira jam 11 pagi di Kampung Bomboi. mangsa terbabit ialah En Benjamin Kigis yang mempunyai 4 orang anak. Diatas prihatianYB Datuk Ellron Angin ADUN N. 37 Sook, beliau telah meluangkan masa untuk melawat mangsa di kampung Bomboi. Turut bersama YB Datuk ialah PKR Sook En Charles Ikang, Pemaju Masyarakat Sook En Ramian Ayub..

Link Within

Related Posts with Thumbnails