Khamis, November 19, 2009

BN sedia tanding di Kota Siputeh, kata Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin berkata Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN) Kota Siputeh jika mahkamah menolak rayuannya.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata BN akan menghormati keputusan mahkamah yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong dan akan bertindak mengikut undang-undang.
“Jika kami (BN) boleh merayu, kami akan merayu. Apa juga yang diputuskan oleh mahkamah, kami perlu akur,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.

Pada Isnin, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengisytiharkan kerusi DUN Kota Siputeh di Kedah kosong, menyatakan Datuk Abu Hassan Sarif bukan lagi wakil rakyat BN berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan dewan secara berturut-turut tanpa kebenaran speaker.

Hakim Alizatul Khair Osman Khairuddin turut memerintahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di DUN Kota Siputeh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Link Within

Related Posts with Thumbnails